Dengan itu belajar melalui bermain adalah menyeronokkan dan bebas dari kebimbangan. Apabila kanak-kanak betul-betul terlibat dengan bermain, mereka adalah belajar dan menikmati kegembiraan pada setiap minit ia terlibat. Pada dasarnya permainan kanak-kanak nampak mudah. Sebenarnya apa yang terjadi ialah ‘bermain’ telah menyentuh setiap aspek perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Dengan itu, mana-mana program yang tidak mengambil berat tentang belajar melalui bermain ini bermakna mereka mengabaikan tentang bagaimana kanak-kanakbelajar dan berkembang.
Bagaiman Bermain Mempengaruhi Tingkah Laku.
Sawyers J.K dan Roger C.S (2001) menyatakan banyak kajian membuktikan bahawa bermain banyak menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak dalam berbagai cara : 1.Bermain menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mempraktikan kemahiran-kemahiran baru kognitif, sosio-emosi dan fizikal. Apabila mereka telahmenguasai kemahiran tersebut mereka boleh menggunakannya dalam situasi baru.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBELAJAR MELALUI BERMAIN PENDEKATAN BERTEMA PENDEKATAN BERSEPADU PENDEKATAN ICT PENDEKATAN PROJEK
a) Menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mempraktikan kemahiran-kemahiran baru kognitif, sosio-emosi dan fizikal. Apabila mereka telahmenguasai kemahiran tersebut mereka boleh menggunakannya dalam situasi baru.
b) Bermain banyak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bertindak balas terhadap objek-objek dan mengalami peristiwa-peristiwa bersama rakan-rakan dan orang dewasa.
c) Bermain adalah bentuk pembelajaran aktif yang menyatukan minda, tubuhbadan dan jiwa kanak-kanak. Pembelajaran kanak-kanak terjadi dengan sangat berkesan apabila keseluruhan diri kanak-kanak itu terlibat.
d) Bermain membolehkan kanak-kanak menggunakan pengalaman sebenar mereka untuk menyusun konsep-konsep bagaimana dunia ini beroperasi.
e) Kanak-kanak boleh melihat bagaimana pengalaman baru boleh dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran sebelumnya. Kebanyakan apa yang kita pelajari tidak boleh diajar secara terus sebaliknya harus dikumpulkan dengan cara kita sendiri melalui pengalaman-pengalaman yang telah dilalui.
f) Semasa bermain kanak-kanak boleh membina sikap mereka cipta yang menggalakkan kanak-kanak untuk berupaya berfikir mengenai pelbagai idea,cara baru untuk membuat sesuatu dan cara untuk menyelesaikan masalah.Kanak-kanak terbuka kepada beberapa cara penyelesaian.
g) Bermain dapat membolehkan kanak-kanak belajar mengenai pembelajaran iaitu melalui perasaan ingin tahu, mereka cipta dan kekal di dalam tugasan. Jangkamasa tumpuan kanak-kanak menjadi lebih panjang apabila mereka berminat danberpuas hati.
h) Bermain boleh mengurangkan tekanan yang selalu wujud ketika pembelajaran berlaku. Ketika bermain orang dewasa tidak mengganggu. Kanak-kanak selesa semasa bermain apabila mereka melakukan kesalahan mereka tidak didenda.
i) Melalui bermain bersama rakan sebaya kanak-kanak membina kemahiran melihat sesuatu dari sudut pandangan orang lain, bekerjasama, tolongmenolong, berkongsi, dan juga menyelesaikan masalah. Mereka membina tingkah laku pemimpin dan pengikut yang perlu bekerjasama. Pengalaman ini mengalakkan kanak-kanak berfikir bagi menguasai dunia sosial dan dapat memahami diri mereka.
j) Kanak-kanak melahirkan dan memahami aspek-aspek emosi dalam pengalaman kehidupan harian mereka termasuk pengalaman-pengalaman gembira, menakutkan dan sedih khususnya dalam permainan dramatik.
PENDEKATAN ICT
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruanglingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikansupaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif. ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan denganbahan, persekitaran yang bersesesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak.Matlamat ICT
• Penggunaan ICT dapat mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat.• Penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin dengan kaedah pengajaran untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
• Membantu kanak-kanak mengembangkan kebolehan dari segi mengguna,mengurus dan memahami ICT.
• Membawa kaedah baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.
• Ramai kanak-kanak belajar secara ‘field dependent’. Belajar secara konkrit.Mereka mudah faham jika ada rajah, ilustrasi dan latihan.
• Dalam ICT terrdapat bahan yang interaktif, grafik, teks dan muzik yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk belajar.
• Internet membolehkan kanak-kanak meneroka, mencari bahan.
• Dapat meneroka berulang kali.
• E-mail (komunikasi), net meeting membolehkan guru dan kanak-kanakbertukar idea.
Kelebihan ICT Dalam P&P
• Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak – penerokaan dan penemuan.Membawa sikap positif – mereka ada peluang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding tradisional
• Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal.
• ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan danpenerokaan secara aktif. Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satuhala.
• Ia menarik kerana bercorak interaktif.
• Penilaian dapat dilakukan selepas aktiviti selesai.
• Bahan dapat digunakan berulangkali.
No comments:
Post a Comment